Islam adalah sebuah pilihan, demikian kata pemain bola sepak Thierry Henry.
Kerana itu ketika memutuskan keyakinan dan menjadi mualaf, dia merasa bahawa
berasa sangat dekat dengan Islam.
“Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik untuk saya jika saya ingin
percaya kepada sebuah agama,” kata penyerang New York Red Bulls.
Menurut Henry, menjadi seorang Muslim itu tidak boleh setengah-setengah.
“Aku mengikuti semua apa yang diajarkan oleh Al Quran. Ini sebabnya saya anggap
Islam yang paling dekat dengan hati saya.”
Legenda Arsenal ini menyatakan, Islam mengajar umatnya bahawa seseorang
harus percaya dulu terhadap Al Quran. Ini sebabnya dia belum menyatakan Islam
sebagai agamanya, tapi Henry mengerti agama ini lebih daripada agama lain.
“Dan itu benar-benar menyedihkan bahawa banyak orang tidak meluangkan masa
untuk cuba memahami Islam.”
Penyerang Les Bleus Perancis yang berjaya meraih Piala Dunia 1998 dan Piala
Eropa 2000 ini menekankan, jika seseorang benar-benar percaya kepada Allah,
maka sudah seharusnya setiap Muslim harus menjadi orang yang taat. “Kalau
percaya ajaran Islam, seseorang harus percaya pada Al Quran dan Rasul
terakhir,” kata Henry.