Kamis, 26 April 2012

Alex Chua, Belum Masuk Islam Tapi Sudah Berdakwah

Formerly Malaysia Chinese Muslim

Inilah 9 orang Cina dari Malaysia yang memeluk Islam pada Sabtu 21/04 lalu yang diketuai oleh Alex Chua (dua dari kanan). Alex telah mengkaji agama Buddha secara mendalam selama belasan tahun dan agama lain selama beberapa tahun. Akhirnya beliau mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan Lim Jooi Soon dan berbincang dengannya tentang agama.


Perbincangan berlangsung selama 2 jam dan akhirnya beliau setuju dan yakin bahwa Islam itu adalah benar. Selepas perbincangan itu, beliau mula mengajak kawannya yang lain untuk memeluk Islam walaupun dirinya masih belum mengucap syahadah dan akhirnya, beliau mengucapkan dua kalimah syahadah bersama isteri dan 2 anak perempuannya beserta dengan 5 rekan yang lain. Salah seorang sedang mengandung dan suami wanita itu akan memeluk Islam juga sekembalinya dari luar negeri. Insya Allah, 3 orang lagi akan menyusul untuk memeluk Islam.

Dikutip dari Laman Facebook Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim), Alex Chua merupakan seorang profesional dan bisnisman yang berhasil.

Sumber  http://www.fimadani.com